SELAMAT DATANG KE DUNIA IMAGINASI LK YANG JELAS, MUDAH DAN TEPAT

Monday, May 6, 2013


 

majlis penyerahan KWAPM  3.3 2013

MAKRO RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BY CIKGU HIRUDIN




Tarikh                           : 18 APR 2013
Hari                              :  Khamis
Kelas                            : 5 Bijak
M/Pel                          : Bahasa Melayu
Tajuk                           : Surat Rasmi
Masa                           : 12.00 – 12.30 tengah hari
Bil.Pelajar                   : 30 orang
Objektif : Pada akhir pengajaran pelajar dapat
-          Memaham konsep asas surat rasmi
-          Mengenal dan dapat membeza surat rasmi dengan surat tidak rasmi
-          Menulis alamat,tarikh, perkara, dan isi surat,penutup dengan betul
Pengetahuan Sedia Ada:
-          Murid telah mengenali surat tidak rasmi
-          Murid telah biasa melihat atau menerima surat tidak rasmi
-          Murid pernah melihat surat rasmi
-          Murid telah belajar dan tahu menulis nama dan alamat pengirim serta penerima dengan betul
Konsep :
-          Memaham dan menulis alamat, perkara, isi surat serta penutup dengan  betul.
-          Mengaplikasi konsep ringkas , padat dan kesopanan semasa menulis.
Bahan :
-          Contoh surat rasmi lengkap
-          Lembaran draf kosong format surat rasmi.
Nilai :
-          Kesungguhan, Mendengar arahan, Kerjasama.Menghormati
Kemahiran :
-          Mengaplikasi
-          Menjana idea




Langkah/Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
5 minit

-Guru meletakkan beg beliau di atas meja  dan mencari-cari sesuatu di dalam beg tersebut.


-Guru mengeluarkan sepucuk surat dari dalam beg tersebut.

- Guru  menunjukkan sampul surat.
-Guru meninjau-ninjau respon murid terhadap isi surat tersebut.
-Murid memberikan pelbagai respon tentang isi surat tersebut dengan pelbagai reaksi.


Perkembangan
20 minit

Langkah I
Mengaitkan situasi dengan tajuk pengajaran.
Langkah 2
Mengedar dan meneliti format surat rasmi.







Langkah 3
Perbincangan dan penyampaian maklumat penting.








Langkah 4
-Teknik menulis isi surat
-nombor
-jarak
-pemilihan perkataan




-Mengedar lembaran kerja kepada setiap murid.
-Guru meminta murid menumpukan perhatian terhadap tajuk pengajaran hari itu.
-Guru mengaitkan tajuk P&P semalan untuk menguji ingatan murid.

-Guru mengedarkan contoh surat rasmi dan meminta murid membaca serta meneliti format surat rasmi tersebut.



-Perbincangan dua hala tentang fokus utama pengajaran iaitu tarikh, perkara dan isi surat.
-Menyampaikan maklumat penting tentang cara-cara menulis tarikh, perkara dan isi surat.
-Guru meminta murid menulis perkara yang betul berdasarkan situasi yang diberikan dalam buku latihan.
-Guru menerang serta membimbing murid mencari,merangka dan menulis isi surat.
-Guru memberi bimbingan individu semasa murid menulis dengan memberi teguran, pembetulan dan peneguhan yang sesuai.
-Guru menulis beberapa contoh isi surat sebagai panduan murid.
-Berdasarkan lembaran kerja,guru membimbing murid melengkapkan kerja mereka.
-Murid bersedia untuk memulakan aktiviti P&P.

-Murid disoal secara rambang berkenaan penulisan nama dan alamat pengirim serta penerima surat.

-Murid memberi respon terhadap soalan-soalan ajuan guru dan memberi perhatian utama terhadap fokus pengajaran hari itu.









-Murid menulis perkara yang betul berdasarkan situasi yang diberikan oleh guru.
-Murid membuat peta minda berdasarkan tajuk yang diberi.








-Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan kepada mereka dan meminta bimbingan guru terhadap sebarang masalah.



Penutup
5 minit
-Perbincangan mengenai lembaran kerja  murid.
-Guru   memilih beberapa hasilan yang terbaik untuk dibaca oleh murid sebagai panduan murid lain dan untuk peneguhan.
-Beberapa orang murid diminta  secara bergilir-gilir  membaca hasilan  yang disiapkan sebagai contoh terbaik kepada rakan-rakan lain..



REFLEKSI:


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, April 21, 2013

Keempat-empat pokok ni kalau musim nak raya laku sangat le....mujur le teman ada sikit tanah, boleh tanam sebatang dua....tidak tu jenuh le ke market berebut nak beli ataupun kalau muka tak malu pi mintak kat orang..haha